Tanda2 penuntut ilmu yang jumud:
Menganggap hanya tok guru dia sahaja yang betul, menganggap pandangan tok guru dia saja yang betul, dan . menganggap semua tok guru orang lain dan pandangan lain itu salah.Hanya mengira pandangan dia dan tidak mengira pandangan orang lain. Kesan paling buruk ialah suka berselisih pandangan, suka menimbulkan suasana tidak harmoni, berdebat dan akhirnya berkrisis serta menimbulkan perpecahan. Paling kritikal ialah mengkafirkan orang dan membunuh orang.
Cara mengatasi jumud:
Mengaji dari banyak ulama dan tok guru, dan bukan hanya dari seorang sahaja. Ambil kira banyak pandangan2 lain mengenai sesuatu perkara, dan setiap pandangan itu betul, meskipun berbeza. Tidak hanya membaca kitab2 tertentu shj, tp membaca banyak kitab. Tidak cepat menghukum/menyalahkan orang. Berlapang dada.
Jangan melibatkan diri dgn persoalan khilafiah , itu perkara kecil yang hanya membuang masa. dan menimbulkan perpecahan. dan ada perkara yang lebih utama untuk dibisingkan berbanding hal remeh temeh.
Hudri Maahadi
No comments:
Post a Comment