بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ آمَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَاهَدُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللّهِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ


Wednesday, 16 May 2012

Kewajipan Kita


Para ulama menyatakan, sekiranya musuh masuk menyerang negara umat Islam, menjadi fardhu ain ke atas penduduk negara tersebut dan mereka yang berada kurang daripada jarak musafir untuk berjihad. Jika masih tidak mencukupi, kefardhuan tadi melangkau kepada negara yang terdekat.[3] Syeikh Abdullah Azzam menyebut, begitulah seterusnya, jika masih lagi tidak mencukupi, sehinggalah kefarduan tadi akhirnya merangkumi seluruh umat Islam di atas dunia.

Imam al-Haskafi r.h.m menyebut: "Jangan engkau menyangka, sekiranya penduduk negeri Rom (Turki) berjihad, maka gugur kefardhuannya daripada penduduk India (yang jauh). Bahkan kewajipan itu dipikul oleh penduduk negara yang terdekat dengan musuh, kemudian negara seterusnya, begitulah sehingga mencukupi (untuk melawan musuh). Sekiranya kekuatan masih tidak mencukupi melainkan dengan seluruh manusia, maka ia menjadi fardhu ain (ke atas seluruh umat Islam), seperti kewajipan sembahyang."[4]

Ini adalah hukum jika tanah umat Islam dirampas, bagaimana pula sekiranaya tanah tersebut adalah tanah suci umat Islam, dan kiblat pertama mereka? Daripada sini dapat kita fahami bahawa menjadi fardhu ain ke atas setiap umat Islam berjihad membebaskan Palestin.[5]


Sumber: Klik

Sunday, 6 May 2012

Malu Bertempat Membawa Berkat

Mana yang patut dimalukan?

 ◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

 ◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

 ◆ Malu kerana dikatakan alim,
 ◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?

◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
 ◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

 ◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
 ◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

 ◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

MALU itu perlu..tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya,sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya.. jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR, insyaAllah..

Thursday, 3 May 2012

Teknik Hafaz Quran

1) Mendengar

2) Menulis

3) Memahami Maknanya

4) Membaca dan mengulang-ngulangnya

5) Menukarkannya menjadi perbuatan


Saya mendengar bacaan Quran dari syeikh, kemudian menulisnya, kemudian mengulang kembali bacaan Syeikh dan sambung menulis lagi, menulis sehingga 1 muka surat.

Setelah itu, saya ulang bacaan Syeikh smabil membacanya, sehingga ia sudah sebati dengan saya.

Kemudian saya pun membaca tanpa melihat tulisannya.

Setelah hafaz, saya pun meneliti satu per satu perkataan ayat Quran itu yang tidak difahami maknanya, dan mencari maknanya di kamus dan di Quran terjemah.

Sambil juga saya melihat ayat-ayat itu dari sudut nahu dan sorofnya, dari sudut stratergi, dari sudut iktibar, dari sudut apa yang dapat saya ambil untuk di bawa ke dalam kehidupan dan untuk masa depan. Melihat dari sudut hukum syariatnya, melihat dari sudut akhlak dan cara hidup.

Setelah saya hafaz dan faham, maka saya cuba membawa ayat-ayat itu ke dalam kehidupan saya.

Mudah-mudahan, dengan cara ini, saya dapatlah menjadi seperti yang disebutkan dalam Quran:

ذالك الكتاب لا ريب فيه

هدى للمتقين

Quran itu tidak ada ada padanya sebarang keraguan, dalamnya semuanya perkara yang benar-benar, perkara yang betul, perkara yang reality, perkara yang haq.

Dan hanya orang yang bertaqwa sahaja yang boleh mendapat petunjuk dan taufiq Allah dari pembacaan al-Quran, mendapat maklumat-maklumat dari al-Quran, mendapat iktibar dan pengajaran dari al-Quran.

Asas Kejayaan

"Kemahuan  dan Kekuatan  merupakan asas Kejayaan"

Kemahuan ialah keinginan yang membuak-buak, semangat yang berkobar-kobar, cita-cita yang tinggi, cinta dan rindu yang sangat dalam, 

Kekuatan ialah kemampuan untuk melakukan apa yang diinginkan itu. Seperti sifat berani, sifat yakin diri, mempunyai ilmu, mempunyai alat-alat, mempunyai anggota.




Manakala perkara-perkara yang menghalang dari kejayaan ialah rasa tidak bersemangat, rasa tidak menginginkannya, takut, malu, tidak mempunyai ilmu, tidak mempunyai alat dan anggota.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fokus

Fardul Muslim > Baitul Muslim > Mujtamak Muslim > Daulah Islamiah > Khilafah Islamiah